I Lurve KataQ !!

I Lurve KataQ !!
Its Me !!

Jumaat, 16 September 2011

Innalillahiwainnalillahirrajiun

Innalillahiwainnalillahirrajiun... Tok Ki Pak Man meninggal pada 9/10 pg mcm tu la on Thursday. Aku agak terkejut sebab akhir2 nie sering kali aku teringat kenangan time aku pergi rumah dia dulu, then anak dia kahwin la.

Siapa Tok Ki Pak Man ? Serasa aku la, arwah tak ada kena mengena dengan family @ saudara mara @ waris2 ayah aku. Arwah mungkin juga kawan ayahanda aku. Ayahanda aku ramai kawan.. Pergi je la kat mana2 mesti ada kawan dia.

Kenangan :

Zaman aku kecik2 dulu kan, selalu lah ayah aku pergi rumah dia. Tak silap area Batu Rakit, Kuala Terengganu. Arwah nie macam pembekal ikan kot ? Tak pun nelayan. Yang aku senang nak cam arwah.. Arwah naik van warna purple, arwah pakai cermin mata, kepala botak licin berkilat. Ngee ~

Arwah nie juga seorang yang kelakar. Kot ? Kalau bercakap, 500 boleh dengar kot ? HAHA ! Orang sebelah boleh sampai pekak. Tapi yang satu nie aku teramat respect. Arwah suka meraikan seseorang.

Ayahanda aku pernah la story2 kan. Dia cakap dia pernah bawak arwah ke KL. Masa tu ayahanda aku nie selalu tak ada kat rumah. Ye lah orang sukan. Kejap kena pergi seminar sana, kursus kat sini.. So hari tu sekali kan, ayahanda aku membawa arwah ke KL. Masa tu ada persidangan seluruh Malaysia. Tetibe.. Masa tu tengah makan. Hp arwah pun berbunyi. Dengan suara yang kuatnya.. beliau bercakap dengan teleponnya dengan loghat Terengganu yang tersangat pekat. Orang semua duk tengok2 arwah. Masa tu lah ayahanda aku tergolek2 duk gelak. Kelakar kan. Kalau korang ada kawan macam tu korang malu tak ?

Lagi satu kan, seingat aku lah. Masa tu aku year 1 (2001). Masa tu aku tak pindah ke tempat tinggal sekarang lagi. Aku sekolah dekat SK Telok Pasu. Terengganu jugak. Aku memang orang Terengganu. Menu harian and utama aku time aku bersekolah di situ ialah Nasi Ayam, ayam tu mesti ayam peha. Lepas tu sup dia tu penuh satu pinggan. Last sekali mesti hirup kaw2 punye. Satu lagi mesti ada cucur udang. Tu la menu aku sepanjang aku bersekolah di situ. Time my bonda letak pinggan atas meja, datanglah seorang lelaki. Aku masa tu kecik lagi kan, so aku tak kenal siapakah gerangan lelaki itu. Masa tu aku tengah tunggu best friend aku masa tu. Nama dia Aqilah, Sharifah and.. tak ingat la sorang lagi tu. Lepas lelaki tu pergi aku pun tanya kat bonda aku siapa lelaki tu. Bonda aku cakap tu Tok Ki Pak Man. Aku hanya mampu "ooooo" walaupun aku tak kenal. Balik sekolah tu arwah belanja aku makan aiskrim. Hee ~ Sedap ! Masa tu aiskrim 10 sen je. Sekarang nie da 70 sen tak silap. Dah lama tak makan. Kalau member aku panggil aiskrim tu aiskrim colek. Aku pun tak tau kenapa. Ala.. Aiskrim yang orang tu naik motor dan bunyi loceng tu ha.

p/s: aku rasa sampai sini je la. nak pergi kenduri

Rabu, 14 September 2011

Kahwin

Err.. siapa nak kahwin ? Bukan aku la.. Pakcik aku.. Adik bongsu my mummy.. Nama dia Ramizu tapi kami anak2 saudara dia panggil Cu ! Sebab anak bongsu ! Err.. His wife atau pun kami2 memanggil beliau Che Su atau nama beliau Norhaliza.. Bukan Siti Nurhaliza tau ! Beliau sangat cantik ! Tinggi ! Kurus ! Putihh ! Wow ! Perfect la ! Saya suka beliau ! Sayang Che Su !

Tapi kan, di sebalik kemeriahan majlis tu, aku sangat gumbira la. Kenapa ? Sebab kan.. Pakcik aku yang stay dekat Selangor tu balik Ganu. Dah lama sangat dah dia tak balik Ganu. Ganu ? Terengganu la. Miss him ketat2. Dia dah kahwin pun. Wife and anak2 dia tak balik. Aku pun tak tau kenapa. Tak nak masuk campur hal orang tua and dewasa ini atau lebih dikenali as GOT ( Golongan Orang Tua ) . Aku and adik aku lah orang yang paling rapat dengan pakcik aku yang stay Selangor nie. Susah lah berpakcik2 kan ? Okay2.. Kami2 panggil dia Ayah Teh. Adik aku yang paling2 rapat dengan dia. Aku pun pelik. Hari tu kan.. Aku duk berebut2 nak bergambar dengan Ayah Teh nie kan, pastu nak tahu Ayah Teh cakap apa ? "Mentang2 lah Ayah Teh single kan. Tengah2 bujang nie.. Berebut2.. Kalau Che Ani ( his wife ) , Asyraf and Izzati ( his son and daughter ) ada tak ada pulak nak berebut macam nie kan ? " Aku hanya mampu tergelak. Yes ! Memang betul pun macam tu. Hehe.. Actually aku malu dengan Asyraf nie sebab dia tu sama umur dengan aku.

p/s:  to be continue :D

Selasa, 23 Ogos 2011

Duet Raya !

Korang ! Pengetua aku kasi duit raya !! Raya lagi 2 minggu maybe.. Tapi kami dah dapat duit raya. Tapi kan.. Tak semua pun dapat. Yang dapat budak2 nak exam je, means Form 3, Form 5 and Upper 6.

Pagi tu as usual pergi surau. Sekolah aku memang tiap2 hari buat solat hajat and tadarus al-Quran kalau bulan Ramadan, kalau hari biasa2 tu tiap2 hari Khamis memang kami wajib ke surau tuk solat hajat and bacaan yasin. Yang pergi nie budak2 nak exam je la. Yang Form 1, Form 2, Form 4 and Lower 6 stay dekat Dewan Besar. Kalau dulu2 stay dekat Dewan Fikri lama tapi Dewan Besar dah siap so semua aktiviti masuk sana.


Pastu kan, pagi semalam aku ada last paper for trial. Paper Akaun 2. Sebelum pergi surau pepagi buta dah ada announcement yang budak2 ade paper hari nie start pukul 9. So kami2 nie happy la sikit sebab sempat nak study belek2 sikit lagi kan.. Bak kata Ain, best friend aku, nak baca sekali imbas :D
Then, sesudah solat hajat tu kami diminta menunggu. Cikgu PK Kokurikulum, Cikgu Saidi duk bercakap dekat depan. Dia bagitau dekat budak2 Form 3 tuk menyerahkan diri. Eh menyerahkan diri hape pulak.. Menyerahkan buku Kokurikulum kepada guru kelas sebab nak kira GPA tuk kokurikulum. Kalau takde buku tu memang bernasib malang la dikau. Lepas tu kaunselor pulak duk bercakap, Cikgu Ramly. Dia cakap suruh tunggu sebab nak bagi duit raya. Kami2 nie pun eh betul ke ? Nampak macam tipu je sebab cikgu kata RM10 lagi la kami tak percaya kan ? Then duk bincang2 psl akaun nie (nasib baik aku bawak Textbook Akaun yang tebalnya 500++ pages) sampai la tuan pengetua kami datang.

Beliau mengatakan bahawa duit raya itu akan diserahkan kepada guru kelas masing2. Kalau aku tahu awal2 macam tu lebih baek aku blah dulu daripada duk berebut2 nak pakai kasut. Lepas tu masuk kelas. Jawab exam. Hah ? Susah ke senang. Erk apa kata anda yang menjawabnya.. Kikikiki... Baru lah tahu susah ke senang kan3 ?

Habis exam cikgu Sains aku, Cikgu Kamaruddin kasi ... bukan duit raya lah ! Kasi kertas Sains. Dapat lah tahu markah. Eh ? Nak tahu berapa ? Alamak.. Malu la saya awak ! Jangan lah tanye !

Lepas tu pergi dekat bilik guru bertujuan tuk cari cikgu Akaun, Teacher Alita, tapi kan beliau takde... Entah lah ke mana. Ada kelas kot ? Baru je nak keluar.. "Anis ! Anis ! Anis !" Eh .. siapa panggil aku tu ? Teacher Engku Zaitun merangkap teacher English aku yang panggil aku. Nie perbualan antara aku dan beliau.

Aku : Yes, teacher ! Ada apa? ( Macam ye tuan ! wahh ! hormatnye aku ! )
Teacher : Dah habis exam ?
Aku : Dah. Kenapa teacher ?
Teacher : Hm.. Kejap. Teacher tengah pening. Rasa nak balik sekarang jugak.
Aku : Hehe.. Teacher balik je lah. Hehehe..
Teacher : Nanti orang cari teacher pulak.
Aku : Takpe2. Biar saya ganti tempat teacher.. Hahaha !
Teacher : Huh ! Eh, ape nie.. Hmm.. ( lupa kot ? )
Ain : Teacher, essay kita teruk kan ?
Teacher : Eh, bukan awak ke yang 6 content points tu ?
Ain : Saya ke ?
Aku : Kau lah. Hari tu kan teacher nak pukul kau masa dalam kelas hari tu tu...
Ain : Hah ? Aku ke?
Teacher : Teacher rasa awak kot ? Jap teacher check.
Ain : Tak payah lah teacher. Tak payah lah..
Aku : Teacher, essay saya okay tak ?
Teacher : Hm. Awak.. Okay tapi cerita pasal love story pulak. Memang menarik kalau buat novel, tapi tak sesuai sebab takde moral value.
Aku : Teacher, nak tengok kertas saya.
Teacher : Nie. ( Teacher tunjuk paper 1 ) Summary teruk nie. 7 je. Content sikit je nie.
Aku : Ayat2 dia tu susah lah teacher. Perkataan2 yang sukar difahami. Kalau boleh letak kamus atas meja memang dah bukak lama dah. Full marks bahagian content tu. Huhu..
Teacher : Yang lain2 okay. Teacher tengah tanda yang The Curse tu. (Bahagian Novel last sekali)
Aku: Ohh..
Teacher : Nak tanda yang awak punya lah. Nak tengok sikit.
Aku : Teacher ! Teacher ! Jangann ! Alahh teacher ! Malu lah .. Jangan lah !!
Teacher pun tanda satu perenggan. Baru perenggan Introduction.. Tetibe handphone teacher berbunyi.. Ada orang dalam bahaya.. ada orang dalam bahaya .. Ada orang dalam bahaya di sana ! HAHA ! Ikut cerita kartun Wonder Pets ! Nie lagu tema dia.


Suka2 !
Aku : Fuhh ! Selamat !
Teacher : (beliau kasi Paper 2 sambil bercakap telepon)
Aku : Mana kertas aku ? Ce cari ce cari. ( tiba2 jumpa kertas Ain ) Ain ! Kertas kau ah beb !
Ain : Tak payah lah  ! Jahat lah kau nie !
Aku : Ehh ! Kertas aku takde pun ? Teacher ! Kertas saya takde pun ?
Teacher : Hah ? Biar betul awak nie ?
Aku : Jap try cari balik. Ada3 ! (Aku pun belek2) Eh teacher ! Biar betul nie markah saya ? ( Bahagian Continuous writing )
Teacher : Ye la
Aku : Hehe.. Gila naik ! Dulu ciput je.
Teacher : Dah okay dah essay awak sekarang nie.
Aku : Hee Suka3 !


Pastu aku and Ain pun balik.

p/s : mud maseh hepi

Jumaat, 19 Ogos 2011

Ku membuat Notes for Arwah

Pada 18 Ogos 2010 .. Aku menerima friend request daripada rakan facebook yang bernama Amirul Afzar Azfar.. Ya.. seorang remaja yang berumur 14 tahun.. Beliau mempunyai abang kembar yang bernama Amiril Afzan Azfar ...

Aku dan dia terlalu mesra antara satu sama lain walaupun baru beberapa hari aku berkawan secara siber dengan beliau. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk berjumpa dengan ku.. Mahu aku menjadi kakaknya.. Mengikut kata beliau, beliau tidak mempunyai kakak. Beliau hanya mempunyai abang kembar. Satu2nya abang yang beliau miliki.. Selepas beberapa ketika, beliau menyatakan bahawa dia akan pulang ke kampung. Aku tidak pasti di mana kampungnya kerana ingatan ku tidak lah kuat untuk mengingati semua nya. Selepas itu, aku terputus hubungan sampai lah bulan Disember aku menerima berita nya.

Hari ini.. 18 Ogos 2011.. Bermakna sudah setahun aku 'berkawan' dengan beliau.. Tapi berkawan dengan penjaga facebook beliau.. Penjaga facebook itu adalah aku.. Yaa.. Aku yang mengambil alih untuk meneruskan facebook beliau.. Kenapa ? Just baca selanjutnya (:

On 10 Oktober 2010.. Hati aku berdebar2.. Kenapa ? Ya.. On that day.. Angkasawan negara kita kahwin.. And kemalangan ngeri yang bas tak silap .. Yaa.. berita kemalangan itu tersangat menyentuh perasaan aku.. Yaa .. tarikh itu telah meragut nyawa arwah Amirul Afzar Azfar bin Arief Azrief dan parents beliau.. Mereka terlibat dengan suatu kemalangan ngeri.. Aku tidak pasti di mana ia berlaku dan bagaimana kerana aku tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai kemalangan itu.. Abang kembar beliau, Amiril Afzan Azfar terselamat daripada kemalangan itu.. Beliau telah tercampak keluar dan koma selama 2 minggu..

Selepas 2 bulan aku mendapat tahu berita sedih tersebut.. Amiril Afzan Azfar telah memberitahuku.. Dia online buat terakhir kali di Malaysia kerana beliau akan mengikuti keluarga bapa saudaranya yang menetap di Indonesia.. Beliau ada merungut mengenai sepupu2 beliau iaitu anak kepada bapa saudaranya.. Sepupu2 beliau semuanya perempuan yang sebaya dengan beliau, jadi beliau berasa malu untuk bergaul. Sejak dari itu, beliau jarang menghabiskan masa dengan facebook. Pernah sekali dia pulang ke Malaysia kerana mahu mengambil barang2 kenangan beliau bersama keluarga di Jalan Semarak,  Kuala Terengganu. Beliau mengatakan bahawa beliau sakit dan sudah tidak lama. Aku mendesak beliau untuk memberitahu ku sakit beliau, namun beliau tetap bertegas untuk tidak memberitahuku.. Katanya aku akan tahu kemudian nanti..

Dua bulan selepas itu, aku terus putus hubungan dengan beliau.. Suatu hari, aku melihat facebook beliau berada dalam talian.. Aku menegurnya.. "Zan !! Akak rindu Zan ! Zan sihat ?" Aku memulakan bicara.. Namun tiada balasan. Aku menjadi ragu2 kerana sebelum ini dia jarang melambatkan balasan ku.. "Maaf. Saya bukan Zan" itu jawapan yang aku terima. Aku ragu2.. Jika bukan Zan siapa dia ? Siapa makhluk itu ? "Makhluk" itu memberitahu bahawa dia adalah rakan Zan. "Boleh saya tahu, ada tak awak kenal sesiapa yang nama Kak Anis?" Dia menyoal. "Ya, saya lah orang tu . Kenapa ?" Aku menjawab. "Betul ke awak nie kak Anis. Kalau betul ARWAH ZAN ada kirim surat. Nanti saya hantarkan surat arwah dekat akak . Tengok dekat message ye." Dia membalas. Arr..arr..arrwahhh ? OMG ! Betul ke apa aku baca ni ? Tak lama kemudian, aku menerima message. :

kehadapan kak anis yg zan sygi.....kalau kakak dh bca surat ni,mknanya kwan zan dh jlankan tugas ni dgn baik.....kak,zan x smpai hati nk bgitau akak yg zan sakit apa....biarlah akak tahu pnyakit zan slepas zan dh x ade....zan sakit barah tahp kronik....tp zan redha kak....zan suruh kawan zan bagi surat ini kat akak slepas 2 bulan zan pergi....akak,zan nk ucapkan trima kasih kt akak sebab anggap zan dan arwah zar sbgai adik....akak kena redha dgn pemergian kami....doakan kami ye kak....zan syg akak...wlaupun hanya kenal akak dlm fb tp zan tahu akak seorg yg baik.....zan harap akak lulus dgn cemerlg dlm exam akak ye....dan zan jugk harap akak dpt temu jodoh dgn lelaki yg menyayangi akak......terima kasih akak....yg benar,Amiril Afzan Azfar.

Aku menangis.. Ya.. Aku menangis. Aku lemah ! Aku tak dapat menerima hakikat bahawa mereka berdua telah meninggalkan aku buat selama2nya. Kenapa aku ?! Ya Allah... Aku mohon kepada MU .. KAU ampunkan lah dosa2 ku kerana aku tak dapat menerima hakikat ini ya ALLAH .

Semoga roh mereka dicucuri rahmat MU, ya ALLAH. Al- Fatihah.

p/s: dicopy from my FB 1 ..

" Mana Mak ? "

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

p/s: credit to sengkuang @ syonen

Angry birds !

Sedang memainkan angry birds ! Ibarat kata member aku.. secara offline bukan online

nk link ?

right click okeh

Bertarannum

Bertarannum ? Haish.. Aku pun tak tahu kenapa akhir2 nie aku nak sangat belajar bertarannum.. Aku try buat cara aku sendiri tapi aku takut.. Pernah sekali bonda aku bagitahu yang suara aku sedap time aku mengaji al-Quran. "Macam orang dlam tv" tu yang bonda aku cakap dekat aku.

Sekarang nie aku tengah layan youtube mari bertarannum.. If aku sempat aku try upload seberapa banyak yang aku faham (:

p/s: layannn

Rabu, 17 Ogos 2011

Kita Nak.. Tapi Adakah Kita...

ta 1. KITA NAK majikan kita bayar gaji kita tepat pada waktunya... TAPI ADAKAH KITA buat kerja yang majikan kita beri tepat pada waktunya ?

2. KITA NAK cari kawan yang di masa susah atau senang akan tetap bersama ... TAPI ADAKAH KITA di masa susah akan bersama kawan tapi bila senang lupakan kawan2 ?

3. KITA NAK bantu orang susah sekiranya kita dah senang bila kita sedar betapa susahnya hidup susah... TAPI ADAKAH KITA akan ingat pada oang susah sekiranya kita dah hidup senang lenang ?

4. KITA NAK makwe atau pakwe kita memahami kerja kita yang sibuk dan jarang dapat berjumpa .. TAPI ADAKAH KITA dapat memahami makwe atau pakwe kita yang sibuk time kita pulak tak sibuk ?

5. KITA NAK anak kita rajin belajar supaya jadi insan yang berguna kelak.. TAPI ADAKAH KITA rajin menggalakkan anak2 belajar sedangkan kita sememangnya insan yang tak berguna ?

Hee ~ Lagu2 Raye !

Wehh korang ! Aku tiba2 mood nak karaoke.. Haha !
Nak karaoke jugak ke? Kite karaoke lagu raya eh ? Semangat nak raya nie .. :D

Nie lagu Sudirman.. Dari jauh ku pohon maaf.. Sesuai tuk mereka yang sedang merantau dan digelar perantau.. Yang tak boleh nak balik raya la tu.. Memang sedih la lagu nie..

Yang nie lagu Anugerah Aidilfitri daripada Datuk Siti Nurhaliza..Boleh tahan lah..


Yang nie pun best ! Tajuk dia Air Mata Syawal daripada Datuk Siti Nurhaliza


Hee ~ Nie paling best ! Tajuk dia Seloka Hari Raya by Uji Rashid and Hail Amir


Nie lagu favourite Ayahanda aku ! Tajuk dia Dendang Perantau by Allahyarham P.Ramlee .. Best sangat lagu nie.. Aku pun suka lagu nie !


Okay lah... Thats ols.. Aku harap korang enjoy.. Selamat Berkaraoke !

p/s: mud raye !!