I Lurve KataQ !!

I Lurve KataQ !!
Its Me !!

Selasa, 23 Ogos 2011

Duet Raya !

Korang ! Pengetua aku kasi duit raya !! Raya lagi 2 minggu maybe.. Tapi kami dah dapat duit raya. Tapi kan.. Tak semua pun dapat. Yang dapat budak2 nak exam je, means Form 3, Form 5 and Upper 6.

Pagi tu as usual pergi surau. Sekolah aku memang tiap2 hari buat solat hajat and tadarus al-Quran kalau bulan Ramadan, kalau hari biasa2 tu tiap2 hari Khamis memang kami wajib ke surau tuk solat hajat and bacaan yasin. Yang pergi nie budak2 nak exam je la. Yang Form 1, Form 2, Form 4 and Lower 6 stay dekat Dewan Besar. Kalau dulu2 stay dekat Dewan Fikri lama tapi Dewan Besar dah siap so semua aktiviti masuk sana.


Pastu kan, pagi semalam aku ada last paper for trial. Paper Akaun 2. Sebelum pergi surau pepagi buta dah ada announcement yang budak2 ade paper hari nie start pukul 9. So kami2 nie happy la sikit sebab sempat nak study belek2 sikit lagi kan.. Bak kata Ain, best friend aku, nak baca sekali imbas :D
Then, sesudah solat hajat tu kami diminta menunggu. Cikgu PK Kokurikulum, Cikgu Saidi duk bercakap dekat depan. Dia bagitau dekat budak2 Form 3 tuk menyerahkan diri. Eh menyerahkan diri hape pulak.. Menyerahkan buku Kokurikulum kepada guru kelas sebab nak kira GPA tuk kokurikulum. Kalau takde buku tu memang bernasib malang la dikau. Lepas tu kaunselor pulak duk bercakap, Cikgu Ramly. Dia cakap suruh tunggu sebab nak bagi duit raya. Kami2 nie pun eh betul ke ? Nampak macam tipu je sebab cikgu kata RM10 lagi la kami tak percaya kan ? Then duk bincang2 psl akaun nie (nasib baik aku bawak Textbook Akaun yang tebalnya 500++ pages) sampai la tuan pengetua kami datang.

Beliau mengatakan bahawa duit raya itu akan diserahkan kepada guru kelas masing2. Kalau aku tahu awal2 macam tu lebih baek aku blah dulu daripada duk berebut2 nak pakai kasut. Lepas tu masuk kelas. Jawab exam. Hah ? Susah ke senang. Erk apa kata anda yang menjawabnya.. Kikikiki... Baru lah tahu susah ke senang kan3 ?

Habis exam cikgu Sains aku, Cikgu Kamaruddin kasi ... bukan duit raya lah ! Kasi kertas Sains. Dapat lah tahu markah. Eh ? Nak tahu berapa ? Alamak.. Malu la saya awak ! Jangan lah tanye !

Lepas tu pergi dekat bilik guru bertujuan tuk cari cikgu Akaun, Teacher Alita, tapi kan beliau takde... Entah lah ke mana. Ada kelas kot ? Baru je nak keluar.. "Anis ! Anis ! Anis !" Eh .. siapa panggil aku tu ? Teacher Engku Zaitun merangkap teacher English aku yang panggil aku. Nie perbualan antara aku dan beliau.

Aku : Yes, teacher ! Ada apa? ( Macam ye tuan ! wahh ! hormatnye aku ! )
Teacher : Dah habis exam ?
Aku : Dah. Kenapa teacher ?
Teacher : Hm.. Kejap. Teacher tengah pening. Rasa nak balik sekarang jugak.
Aku : Hehe.. Teacher balik je lah. Hehehe..
Teacher : Nanti orang cari teacher pulak.
Aku : Takpe2. Biar saya ganti tempat teacher.. Hahaha !
Teacher : Huh ! Eh, ape nie.. Hmm.. ( lupa kot ? )
Ain : Teacher, essay kita teruk kan ?
Teacher : Eh, bukan awak ke yang 6 content points tu ?
Ain : Saya ke ?
Aku : Kau lah. Hari tu kan teacher nak pukul kau masa dalam kelas hari tu tu...
Ain : Hah ? Aku ke?
Teacher : Teacher rasa awak kot ? Jap teacher check.
Ain : Tak payah lah teacher. Tak payah lah..
Aku : Teacher, essay saya okay tak ?
Teacher : Hm. Awak.. Okay tapi cerita pasal love story pulak. Memang menarik kalau buat novel, tapi tak sesuai sebab takde moral value.
Aku : Teacher, nak tengok kertas saya.
Teacher : Nie. ( Teacher tunjuk paper 1 ) Summary teruk nie. 7 je. Content sikit je nie.
Aku : Ayat2 dia tu susah lah teacher. Perkataan2 yang sukar difahami. Kalau boleh letak kamus atas meja memang dah bukak lama dah. Full marks bahagian content tu. Huhu..
Teacher : Yang lain2 okay. Teacher tengah tanda yang The Curse tu. (Bahagian Novel last sekali)
Aku: Ohh..
Teacher : Nak tanda yang awak punya lah. Nak tengok sikit.
Aku : Teacher ! Teacher ! Jangann ! Alahh teacher ! Malu lah .. Jangan lah !!
Teacher pun tanda satu perenggan. Baru perenggan Introduction.. Tetibe handphone teacher berbunyi.. Ada orang dalam bahaya.. ada orang dalam bahaya .. Ada orang dalam bahaya di sana ! HAHA ! Ikut cerita kartun Wonder Pets ! Nie lagu tema dia.


Suka2 !
Aku : Fuhh ! Selamat !
Teacher : (beliau kasi Paper 2 sambil bercakap telepon)
Aku : Mana kertas aku ? Ce cari ce cari. ( tiba2 jumpa kertas Ain ) Ain ! Kertas kau ah beb !
Ain : Tak payah lah  ! Jahat lah kau nie !
Aku : Ehh ! Kertas aku takde pun ? Teacher ! Kertas saya takde pun ?
Teacher : Hah ? Biar betul awak nie ?
Aku : Jap try cari balik. Ada3 ! (Aku pun belek2) Eh teacher ! Biar betul nie markah saya ? ( Bahagian Continuous writing )
Teacher : Ye la
Aku : Hehe.. Gila naik ! Dulu ciput je.
Teacher : Dah okay dah essay awak sekarang nie.
Aku : Hee Suka3 !


Pastu aku and Ain pun balik.

p/s : mud maseh hepi

Jumaat, 19 Ogos 2011

Ku membuat Notes for Arwah

Pada 18 Ogos 2010 .. Aku menerima friend request daripada rakan facebook yang bernama Amirul Afzar Azfar.. Ya.. seorang remaja yang berumur 14 tahun.. Beliau mempunyai abang kembar yang bernama Amiril Afzan Azfar ...

Aku dan dia terlalu mesra antara satu sama lain walaupun baru beberapa hari aku berkawan secara siber dengan beliau. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk berjumpa dengan ku.. Mahu aku menjadi kakaknya.. Mengikut kata beliau, beliau tidak mempunyai kakak. Beliau hanya mempunyai abang kembar. Satu2nya abang yang beliau miliki.. Selepas beberapa ketika, beliau menyatakan bahawa dia akan pulang ke kampung. Aku tidak pasti di mana kampungnya kerana ingatan ku tidak lah kuat untuk mengingati semua nya. Selepas itu, aku terputus hubungan sampai lah bulan Disember aku menerima berita nya.

Hari ini.. 18 Ogos 2011.. Bermakna sudah setahun aku 'berkawan' dengan beliau.. Tapi berkawan dengan penjaga facebook beliau.. Penjaga facebook itu adalah aku.. Yaa.. Aku yang mengambil alih untuk meneruskan facebook beliau.. Kenapa ? Just baca selanjutnya (:

On 10 Oktober 2010.. Hati aku berdebar2.. Kenapa ? Ya.. On that day.. Angkasawan negara kita kahwin.. And kemalangan ngeri yang bas tak silap .. Yaa.. berita kemalangan itu tersangat menyentuh perasaan aku.. Yaa .. tarikh itu telah meragut nyawa arwah Amirul Afzar Azfar bin Arief Azrief dan parents beliau.. Mereka terlibat dengan suatu kemalangan ngeri.. Aku tidak pasti di mana ia berlaku dan bagaimana kerana aku tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai kemalangan itu.. Abang kembar beliau, Amiril Afzan Azfar terselamat daripada kemalangan itu.. Beliau telah tercampak keluar dan koma selama 2 minggu..

Selepas 2 bulan aku mendapat tahu berita sedih tersebut.. Amiril Afzan Azfar telah memberitahuku.. Dia online buat terakhir kali di Malaysia kerana beliau akan mengikuti keluarga bapa saudaranya yang menetap di Indonesia.. Beliau ada merungut mengenai sepupu2 beliau iaitu anak kepada bapa saudaranya.. Sepupu2 beliau semuanya perempuan yang sebaya dengan beliau, jadi beliau berasa malu untuk bergaul. Sejak dari itu, beliau jarang menghabiskan masa dengan facebook. Pernah sekali dia pulang ke Malaysia kerana mahu mengambil barang2 kenangan beliau bersama keluarga di Jalan Semarak,  Kuala Terengganu. Beliau mengatakan bahawa beliau sakit dan sudah tidak lama. Aku mendesak beliau untuk memberitahu ku sakit beliau, namun beliau tetap bertegas untuk tidak memberitahuku.. Katanya aku akan tahu kemudian nanti..

Dua bulan selepas itu, aku terus putus hubungan dengan beliau.. Suatu hari, aku melihat facebook beliau berada dalam talian.. Aku menegurnya.. "Zan !! Akak rindu Zan ! Zan sihat ?" Aku memulakan bicara.. Namun tiada balasan. Aku menjadi ragu2 kerana sebelum ini dia jarang melambatkan balasan ku.. "Maaf. Saya bukan Zan" itu jawapan yang aku terima. Aku ragu2.. Jika bukan Zan siapa dia ? Siapa makhluk itu ? "Makhluk" itu memberitahu bahawa dia adalah rakan Zan. "Boleh saya tahu, ada tak awak kenal sesiapa yang nama Kak Anis?" Dia menyoal. "Ya, saya lah orang tu . Kenapa ?" Aku menjawab. "Betul ke awak nie kak Anis. Kalau betul ARWAH ZAN ada kirim surat. Nanti saya hantarkan surat arwah dekat akak . Tengok dekat message ye." Dia membalas. Arr..arr..arrwahhh ? OMG ! Betul ke apa aku baca ni ? Tak lama kemudian, aku menerima message. :

kehadapan kak anis yg zan sygi.....kalau kakak dh bca surat ni,mknanya kwan zan dh jlankan tugas ni dgn baik.....kak,zan x smpai hati nk bgitau akak yg zan sakit apa....biarlah akak tahu pnyakit zan slepas zan dh x ade....zan sakit barah tahp kronik....tp zan redha kak....zan suruh kawan zan bagi surat ini kat akak slepas 2 bulan zan pergi....akak,zan nk ucapkan trima kasih kt akak sebab anggap zan dan arwah zar sbgai adik....akak kena redha dgn pemergian kami....doakan kami ye kak....zan syg akak...wlaupun hanya kenal akak dlm fb tp zan tahu akak seorg yg baik.....zan harap akak lulus dgn cemerlg dlm exam akak ye....dan zan jugk harap akak dpt temu jodoh dgn lelaki yg menyayangi akak......terima kasih akak....yg benar,Amiril Afzan Azfar.

Aku menangis.. Ya.. Aku menangis. Aku lemah ! Aku tak dapat menerima hakikat bahawa mereka berdua telah meninggalkan aku buat selama2nya. Kenapa aku ?! Ya Allah... Aku mohon kepada MU .. KAU ampunkan lah dosa2 ku kerana aku tak dapat menerima hakikat ini ya ALLAH .

Semoga roh mereka dicucuri rahmat MU, ya ALLAH. Al- Fatihah.

p/s: dicopy from my FB 1 ..

" Mana Mak ? "

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

p/s: credit to sengkuang @ syonen

Angry birds !

Sedang memainkan angry birds ! Ibarat kata member aku.. secara offline bukan online

nk link ?

right click okeh

Bertarannum

Bertarannum ? Haish.. Aku pun tak tahu kenapa akhir2 nie aku nak sangat belajar bertarannum.. Aku try buat cara aku sendiri tapi aku takut.. Pernah sekali bonda aku bagitahu yang suara aku sedap time aku mengaji al-Quran. "Macam orang dlam tv" tu yang bonda aku cakap dekat aku.

Sekarang nie aku tengah layan youtube mari bertarannum.. If aku sempat aku try upload seberapa banyak yang aku faham (:

p/s: layannn

Rabu, 17 Ogos 2011

Kita Nak.. Tapi Adakah Kita...

ta 1. KITA NAK majikan kita bayar gaji kita tepat pada waktunya... TAPI ADAKAH KITA buat kerja yang majikan kita beri tepat pada waktunya ?

2. KITA NAK cari kawan yang di masa susah atau senang akan tetap bersama ... TAPI ADAKAH KITA di masa susah akan bersama kawan tapi bila senang lupakan kawan2 ?

3. KITA NAK bantu orang susah sekiranya kita dah senang bila kita sedar betapa susahnya hidup susah... TAPI ADAKAH KITA akan ingat pada oang susah sekiranya kita dah hidup senang lenang ?

4. KITA NAK makwe atau pakwe kita memahami kerja kita yang sibuk dan jarang dapat berjumpa .. TAPI ADAKAH KITA dapat memahami makwe atau pakwe kita yang sibuk time kita pulak tak sibuk ?

5. KITA NAK anak kita rajin belajar supaya jadi insan yang berguna kelak.. TAPI ADAKAH KITA rajin menggalakkan anak2 belajar sedangkan kita sememangnya insan yang tak berguna ?

Hee ~ Lagu2 Raye !

Wehh korang ! Aku tiba2 mood nak karaoke.. Haha !
Nak karaoke jugak ke? Kite karaoke lagu raya eh ? Semangat nak raya nie .. :D

Nie lagu Sudirman.. Dari jauh ku pohon maaf.. Sesuai tuk mereka yang sedang merantau dan digelar perantau.. Yang tak boleh nak balik raya la tu.. Memang sedih la lagu nie..

Yang nie lagu Anugerah Aidilfitri daripada Datuk Siti Nurhaliza..Boleh tahan lah..


Yang nie pun best ! Tajuk dia Air Mata Syawal daripada Datuk Siti Nurhaliza


Hee ~ Nie paling best ! Tajuk dia Seloka Hari Raya by Uji Rashid and Hail Amir


Nie lagu favourite Ayahanda aku ! Tajuk dia Dendang Perantau by Allahyarham P.Ramlee .. Best sangat lagu nie.. Aku pun suka lagu nie !


Okay lah... Thats ols.. Aku harap korang enjoy.. Selamat Berkaraoke !

p/s: mud raye !!

Selasa, 16 Ogos 2011

Kiamat dah dekatt

Segeralah bertaubat..
Ibarat lagu wali band nie..


Antara tanda2 dunia nie dah tua.. dah nak kiamat .. korang baca kat bawah nie.. Ada beberapa tanda yang jelas..

Mengikur salah satu hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat ?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya.  Iaitu, jika seorang amah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya.  Demikian pula apabila para pengembala domba berluma-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurukan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim' 

( Hadis Riwayat Ibn Majah)

Lain2 tanda lagi ialah :


1)  Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda: 
   
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis.'     

- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...  
    
2)  Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang  seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka

inilah kiamat akan  datang.' 
- Sahih Muslim   

~ dah nampak dah...  


3)  Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan &
perubahan  muka'.
Adayang bertanya  kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²  wanita' 

- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia,
Anugerah  Muzik...     

   
4) Menghias masjid &  membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat  ialah manusia
bermegahan dalam  mendirikan masjid'
 

-  Riwayat Nasai.

~ memang dah  nampak dah...
   

5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &  
hubungan  dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak 
perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam 
tetangga.'
 

- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu......
   

   
6)  Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil
orang2 yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang 
tinggal padanya  kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf  dan tidak mengingkari kemungkaran'
 

- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para  ulama'yg tinggal...     

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan
dikuasai oleh  Luka'bin  Luka'(orang yang bodoh  & hina).
Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia

'- Riwayat Thabrani

~ George  Bush, Ariel
Sharon& kat  Malaysiapun ada....  


8)  Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya  sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah  dekatnya hari kiamat
ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang 
lain kecuali yang  dikenalnya saja.'

 - Riwayat  Ahmad

~ jiran sesama islam  pon tak bertegur sapa...     

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya  telanjang.
Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. 'Di  antara anda² telah
hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila 
mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'


~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)...  


10)  Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari  kiamat ialah
menggelembung(membesarnya) bulan  sabit.'
 

- Riwayat Thabrani   

~ tak caya gi tengok...  
   

11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.  
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu  sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu'
 

- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......  


12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.  
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'
 

-Riwayat Ahmad

~ tengok kes  peperangan Iraq ...     

13)  Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.  
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'

-  Sahih Muslim

~ Dubai

dah turun  salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG  FORWARDKANKEPADA  TEMAN² LAIN!  

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda: 
   
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1  ayat...'



p/s: sampai sini dulu nak g kelas 

Raye3 !

SELAMAT HARI RAYE !!

Hahaha ! Aku semangat raya nie.. Mentang2 la baju raya dah siap.. Tapi ade 1pasang lagi tak siap.. Wahh ! Vogue lah aku tahun nie ! Raya 1st with kebaya ! Wow ! Anis berkebaya.. Alahai.. Lemah semangat .. With Wedges 3.5 inci.. Meletup kau !

Bila lah lagi sepasang baju aku nak siap eh ? Hee ~ Tak sabar !!

Isnin, 15 Ogos 2011

Anak Kucing aku Generasi ke-3 beranak

Wohh.. !!
Kucing aku yang satu2nya aku mula2 bela on July 2010. Dalam setahun aku bela dia 4 kali dia beranak and pregnant.. Eh ! Pregnant dulu baru beranak. Hee ~

Anak dia yang masih hidup Anak Generasi ke-3. Betina. Nama dia Putih sebab dia lah satu2nya anak kucing aku warna putih. Then Putih nie dah besar dah. Maybe setengah tahun kot ? Entah lah.. Dia nie pun baru je beranak tadi. Fuh.. Yang aku peliknya.. Anak dia warna putih ade sekor, yang 2 ekor lagi warna hitam belang2..

p/s: to be continue

Ahad, 14 Ogos 2011




Tiba2 teringat lagu nie.. Lagu aku with ex-bf aku.. Nama dia Zam, Azam. Dulu dia stay dekat area Marang.. Tapi sekarang aku dah tak tau.. Lepas aku clash aku dapat tau dia accident, patah kaki. Sekarang aku memang tak tau.. Aku couple dengan dia masa aku Form 2 and dekat 2 tahun jugak kita orang couple.. And now aku bukan dengan dia lagi..

Nie pulak lagu aku with ex aku jugak.. Nama dia Nasir. Budak sekolah aku dulu.. Aku couple dengan dia masa Form 1 kot ? Hehe .. Aku dengan dia clash couple clash couple clash couple..And akhirnya clash jugak sebab aku tak tahan. And lepas aku clash dia dah start ponteng kelas, ponteng sekolah, smoking.. And ape2 lagi yang selalu boys buat. (:

Name Anak2 Kucings

HAHA !

Aku baru je dapat idea nak bagi nama anak kucing.. Dah nak sebulan baru pikir nama.. Hihi.. Yang first tu aku panggil Itam sebab dia paling hitam.. Yang kedua aku panggil Panjang.. Sebab ekor diye panjang.. Yang ke tiga aku panggil Gemuk sebab paling gemuk n besar macam aku.. :D

Thats all.. Thank u !

p/s: tgh kacau diyeorang tido

Trial3 !

Haishh.. esok paper add math baru study chapter 1-4 form 4.. yg laen2 xstudy lg.. mati lha saye ..

Khamis, 11 Ogos 2011

Peminat2 Boboi Boy !

episod 1

episod 2 part 1

episod 2 part 2

Episod 3 entah lah dekat mana tapi episod 3 nie gopal dapat kuasa dia. Ada separuh dia tunjukkan
yg nie gopal dapat kuasa

episod 5 part 1

episod 4 entah hilang ke mana..

episod 5 part 2

episod 6 part 1

episod 6 part 2

episod 6 part 3

episod 7 part 1

episod 7 part 2

episod 7 part 3 ( last episod kot? )


Nie lagu tema BoboiBoy !

 

p/s: saye suke Boboiboy !


Selasa, 9 Ogos 2011

Abang saye !

Ouh ! Awak cakap awak nie abang saya sampai bila2 walau apa pun terjadi.. Tapi mana janji2 awak ? Kenapa awak mungkiri janji awak ?! Mana awak bila saya teramat2 perlukan awak ? Mana abang yang saya pernah kenal dulu.. Awak menyakitkan hati saya.. Saya perlukan awak tuk hadapi hidup saya apatah lagi saya tengah Trial SPM .. Kenapa awak buat saya rasa nak marah sangat dekat awak ? Saya tak sangka jadi macam nie.. Ye.. Awak bukan abang saya selamanya.. Tu je yang boleh saya katakan.. Tuk pengetahuan awak.. Saya takkan sesekali mengadu dekat awak .. Tapi di sini lah tempat saya mengadu selepas saya kehilangan awak .. abang saya.. tempat mengadu saya.. saya tak kenal awak sekarang ! Saya nak awak yang dulu.. Abang saya yang dulu.. Yang sentiasa ada untuk saya.. Yang sentiasa menasihati saya.. Yang sentiasa bagi sokongan tuk saya.. Yang sentiasa megembirakan hati saya saat saya sedih.. Saya betul2 terluka dengan perangai awak sekarang.. Saya tak faham awak sekarang ! Seriously ! I'm starting to hate u !


Awak.. kenapa awak buat saya sentiasa menangis akhir2 nie ? Saya dah tak nak menangis lagi.. Saya bukan EMO lagi ! Saya tak nak jadi EMO ! Tapi bila awak buat macam nie.. Saya rasa macam EMO tu dah sebati dengan diri saya.. Walau saya tak pernah kenal awak secara real nya.. tapi saya percayakan awak.. Saya dah anggap awak macam abang saya sebab saya tak ada abang ! Saya paksa diri saya tuk menerima kenyataan bahawa awak nie bukan abang yang saya pernah kenal dulu.. Saya harap awak baca blog saya nie.. And awak faham perasaan saya.. Saya rindukan abang saya yang dulu bukan abang saya yang sekarang.. Dulu.. Sesibuk2 awak, awak masih ada masa tuk layan saya.. but now ?

Saya dah tak tau nak cakap apa lagi.. Terima kasih awak.. Sebab selama nie awak layan saya dengan baik.. Saya hargainya..

p/s: aku menangis lagi..

Ahad, 7 Ogos 2011

Ouch !

Yang aku perasankan.. Banyak gila cerita tergantung..
Sorri yerp ! Kadang2 ada nada kemalasan dan kenyanyukkan.. HAHA !

biasalah.. bak kata aunty aku.. GOT ! ----> Golongan Orang Tua.. Nyanyuk sudah..

p/s: Mud busan

My Blog ! Saya ada BF baru !

Ouh my dearest blog ! I miss u so much !! <3


Sorri sebab dah lama sangat tak update kamu sayangs !

U pun tau kan I sekarang nie busy with my newbie !
HAHA ! BF baru I nie ramai yang jealous... Ramai yang berebut2 nakkan dia... Siapa yang berusaha maka dia yang dapat so kiranya I lah yang bertuah.. Susah u nak dapatkan dia.. Bukan calang2 orang nak faham dia nie.. I pun kadang2 tak faham sangat tapi disebabkan sayangkan.. So I terpaksa jugak faham dia nie.. HAHA !

I sayang dia GILA u ! Jealous ke ? U tak nak tau ke siapa BF baru I tu ??
HAHA ! His name is too long... I sebenarnya nak sangat couple with him kerana I bersebab bukan saja2 u.. U ingat I nie rajin sangat ke nak sukakan dia tanpa sebab..

I couple dengan dia sebab sesuatu yang penting dalam hidup I.. Kiranya I nie pentingkan diri, selfish atau jual ikan.. HAHA ! U nak tau kenapa I nak couple dengan dia ? Sebelum tu biar I bagitahu nama dia dulu lah.. Panjangggggg... Nama dia ialah..





























BUKU2 TEKS TINGKATAN LIMA DAN BUKU2 RUJUKAN TINGKATAN EMPAT DAN LIMA.


Nak tau pulak sebab apa I couple dengan mereka ? Sebab esok I akan trial.. So I perlukan mereka tuk I jawab trial I..

Sekian sahaja cerita saspens dari saya...

Mekaceh !

p/s: Single Mingle Oke !