I Lurve KataQ !!

I Lurve KataQ !!
Its Me !!

Ahad, 7 Ogos 2011

My Blog ! Saya ada BF baru !

Ouh my dearest blog ! I miss u so much !! <3


Sorri sebab dah lama sangat tak update kamu sayangs !

U pun tau kan I sekarang nie busy with my newbie !
HAHA ! BF baru I nie ramai yang jealous... Ramai yang berebut2 nakkan dia... Siapa yang berusaha maka dia yang dapat so kiranya I lah yang bertuah.. Susah u nak dapatkan dia.. Bukan calang2 orang nak faham dia nie.. I pun kadang2 tak faham sangat tapi disebabkan sayangkan.. So I terpaksa jugak faham dia nie.. HAHA !

I sayang dia GILA u ! Jealous ke ? U tak nak tau ke siapa BF baru I tu ??
HAHA ! His name is too long... I sebenarnya nak sangat couple with him kerana I bersebab bukan saja2 u.. U ingat I nie rajin sangat ke nak sukakan dia tanpa sebab..

I couple dengan dia sebab sesuatu yang penting dalam hidup I.. Kiranya I nie pentingkan diri, selfish atau jual ikan.. HAHA ! U nak tau kenapa I nak couple dengan dia ? Sebelum tu biar I bagitahu nama dia dulu lah.. Panjangggggg... Nama dia ialah..





























BUKU2 TEKS TINGKATAN LIMA DAN BUKU2 RUJUKAN TINGKATAN EMPAT DAN LIMA.


Nak tau pulak sebab apa I couple dengan mereka ? Sebab esok I akan trial.. So I perlukan mereka tuk I jawab trial I..

Sekian sahaja cerita saspens dari saya...

Mekaceh !

p/s: Single Mingle Oke !

Jumaat, 1 Julai 2011

Kem MAP Training sponsored by Malaysia Airlines System (MAS)

24-27 June..

Seharian aku duk kemas baju2 masukkan dlm beg. Hehehe.. punye lah eksaited ! Parents aku pun nampak macam bangga jugak lah sebab anak mereka yang malas gila neh.. bapak malas .. dapat naik flight pergi kem .. 30 orang terpilih dari Terengganu pulak tuh ! WOW !! OMG OMG ! Kem tu sebenarnya 2 hari je lepas tu hari 1st n last tu kira macam rehat la.

24 June :

Flight dr Trgnu pukul 10.05 pg. So sampai sana dalam 45 minit je.. Naik bas ke Wisma Belia. Dalam sejam jugak. Sampai sana kami mencipta rekod sejarah baru la sebab biasanya SMKIF nie sampai paling last atau agak last.. Tapi kali nie kami sampai pukul .. brp ntah lupe sudah.. haha ! Dalam tengah hari jgk la. Pastu sampai sana mereka ( pihak Wisma ) terus bg kunci bilik. Then pergi lunch.. Lauk ape ntah masa tu dah tak ingat. Lepas tu dapat naik bilik masing.. Aku dapat bilik no 8805. Hana pulak dapat no 8806. Akak ( kembar ) dapat no 8807. Tini dapat no 8808.. Cantik kan no diye.. hihi.. Anis ( Hanis - kembar aku muahahha ) dapat bilik no 8802 kot ? Nasib baik bilik dekat.. Lepas dapat kunci gantung baju sekolah.. Then lepak bilik Hana. Sebab sorang2 takut jgk nak stay sorang2 dalam bilik sebab bilik aku paling hujung.. Tepi bilik aku tu ade bilik iron. Depan bilik iron tu ade pintu kecemasan.. Pintu tu nampak seram.. hihihi.. Masa sampai dekat KLIA tu, Abang Bob ( yang urus penerbangan kami ) ade bagitau yang 3 buah sekolah terpilih akan pergi ke KLCC malam tu. So kami diminta bersedia.. And memang sekolah kami dapat pergi. Lepas tu 2 buah sekolah lagi tu SK Lambir Village, Sarawak n SMK Kuala Balah, Kelantan.


p/s: to be continue

OMG !!

Rindu blog gile2 !!

Miss u so much !!

Thats all TQ !


p/s: mcm bodo jep

Khamis, 16 Jun 2011

Zan dah meninggal

Ya ALLAH ! Adik angkat yang paling aku sayang mengikut jejak langkah arwah adiknya.. ALLAH lebih sayangkan mereka. Tadi aku on FB. Then tengok FB adik angkat aku tu on, i thought Zan. Then tanya lah siapa kan.. Pastu orang tu reply dia cakap dia tu kawan ARWAH ZAN. Aku terkejut. Dia cakap arwah ada tinggalkan surat untuk dia. And kat bwh nie yang arwah Zan tulis :

kehadapan kak anis yg zan sygi.....kalau kakak dh bca surat ni,mknanya kwan zan dh jlankan tugas ni dgn baik.....kak,zan x smpai hati nk bgitau akak yg zan sakit apa....biarlah akak tahu pnyakit zan slepas zan dh x ade....zan sakit barah tahp kronik....tp zan redha kak....zan suruh kawan zan bagi surat ini kat akak slepas 2 bulan zan pergi....akak,zan nk ucapkan trima kasih kt akak sebab anggap zan dan arwah zar sbgai adik....akak kena redha dgn pemergian kami....doakan kami ye kak....zan syg akak...wlaupun hanya kenal akak dlm fb tp zan tahu akak seorg yg baik.....zan harap akak lulus dgn cemerlg dlm exam akak ye....dan zan jugk harap akak dpt temu jodoh dgn lelaki yg menyayangi akak......terima kasih akak....yg benar,Amiril Afzan Azfar.


p/s: mood sedih sekarang

Khamis, 9 Jun 2011

Holidays !

On 7 June, my family and i telah ber-holiday. Hari Selasa masa tu. Malam sebelum berangkat memang saya tak tidur. Biasanya saya tidur pukul 12 atau 1 pagi. Parents cakap nak berangkat dalam pukul 4. Then ada a few hours je lagi. So saya tengok tv sampai lah pukul 3. Then my mom bangun nak siapkan makanan. Bonda suruh mandi dulu. Lepas saya mandi, kejutkan kakak2 and adik saya. Lepas siap2 semua, Abg Mir, bakal tunang kakak saya datang. Mase tu dah pukul 4. 4.20 kami bertolak. Masuk dalam kereta rase nak tidur sebab kereta luas. My 1st sister, Along and adik saya naik kereta Abg Mir.So saya wit Angah. Rasa lah mengantuknya. Masa tu jalan memang tak ada kereta lain. Just kereta kami je. Pastu saya tertidur. Bangun2 dah sampai dekat Masjid Geliga, Kemaman. Solat Subuh dulu. Lepas siap semua bertolak. Then dah tak ingat ape2 lagi dah. Tidur mati. Lepas tu kami berhenti di Hentian R&R Genting Sempah tu. Breakfast kat situ. Tak silap masa tu jam 10 @ 11 pagi macam tu lah. Nyanyuk deh.. Hehe.. Kat situ makan nasi lemak wit tea o panas. Tak sedap langsung ! Hmm.. Lepas tu sambung perjalanan. Terus pergi Nilai, N9. Kat situ lame woo ! Tapi saya dapat 2 shawl, and 1 jam tangan G Shock ! Nie gambar jam saya !


Hehehe.. Suka3 ! Korang agak2 berapa ? Dah lama gila idamkan jam nie tapi tak ada modal nak beli huhuhu.. Tapi nie duit bonda. Duit saya tak dikeluarkan sikit pown ! Lepas pergi Nilai, ke Kuala Lumpur. Kami dah booking hotel melalui internet. So dapat murah sikit. Memang sengaja cari hotel dekat Jalan Masjid India sebab my mom selalu shopping situ. Jakel, Ariani, Sogo. Semua dekat ! Lepas tu nak sampai kat Jalan Masjid India tu punya lah susah sebab sesat. Hehehe. Ayahanda saya tak tau sangat jalan dekat situ. Dah la jalan tu.. Ish3.. Panjang betul kereta beratur. Sabor je lah~ Lepas sampai kat Jalan Masjid India tu, nak cari hotel pulak tak tau dekat mana. Fuh ! Gila betul ! Hotel tu duk sebelah wit Haniffa. Star Points Hotel.

p/s: to be continue

Jumaat, 3 Jun 2011

Result !

Cuti sekolah dah start dah. Saya pula masih tak sedar diri. Tadi kan, Azreen budak sekolah saya, dia mintak nombor i/c. Then lepas beberapa minit tanya kenapa terpaksa lah bagi. Rupa2nya dia check result exam saya. Malu waa! Tak suka ! Tak suka !

Lepas tu saya mintak link nak check result tu. Kat bawah ni link dia:

http://jpnt.terengganu.gov.my/pelajar/index.php

Azreen cakap result saya okay. Heh tak okay apa nya, baru je dua subjek. Subjek Maths and Science.
Maths turun 14 markah. Daripada A lepas turun dapat B. Science turun 3 markah. Gred daripada B+ jadi B. Then BM saya naik 3 markah. Gred tak berubah still A-. Hurm Okay la tu kan kan kan? Tapi exam kali nie mungkin semua lulus. Harap2 AddMaths lulus lah. Doa2kan ye! <3

p/s: tatao na says ape..

Jumaat, 27 Mei 2011

No more..

Haha.. Hidup saya sudah tenang. Tak ada lagi perasaan rindu2, sayang2. No more scandal. Thats all. TQ!

p/s: bosan derr

Rabu, 25 Mei 2011

Ouh.. Lame nye tak update :c

Salam, Hi  Kawan2..

I'm so sorry.. Dah lama sangat tak update blog.. Teringat je.. banyak je benda nak share,, tapi entah lah..Tak sempat.. Kot? Hehe..

Oke..
1. Saya dah terpilih pergi ke KL under MAS sponsor pegi balek.. Just 30 orang student je dapat pegi. Kem motivasi Dr. Tg. Asmadi. 24-27 Jun.

2. Saya berscandal... Yeah scandal.. Hmm.. Jangan bagitau sesape tao! Budak taiping.. Suka cara dia! Rendah diri.. Melawak je kerja.. Kami suka kenakan opah n opah in law kami.. HAHA !


Nie laa my scandal.. Nama dirahsiakan.. Tett~

Yang bawah nie pulak my Opah! HAHA ! Opah angkat c(: Muahahaha


Hikhikhik..

Bawah nie pulak.. My Opah in law.. HAHA ! 


Tu laa antara2 nye.. actually.. mereka mereka mereka ini admin page dkt FB.. Nak tao page ape?
Tekan link kat bawah nie c:

http://www.facebook.com/pages/Jgn-asik-comment-bnde-yg-same-jer-comment-yg-lain-pulak/152296741502985?sk=info

Sebenarnya ade seorang lagi .. Dia nie main admin. Tapi tak ada gambar yang dijumpai..

3. Hana.. ask me semalam.. Sama ada saya ada masalah with sekolah @ family.. Saya just 'urm' .. Dia cakap.. banyak paper saya markah rendah2 je. Sebab 1st exam hari tu saya dapat nombor 2 dalam kelas. Then kali nie 2nd exam la. Entah lah. Memang salah saya jugak kot? Malas nak komen.

4. Majok wit my scandal uh.. Benci3.. Kejam tau tak.. Diye senyap macam tu jea.!

5. Bangun tidur pukul 8.25 tadi. Terkejut tersepak radio atas katil then gedegangg! I heard a loud 'gedegang' heh.. Radio jatuh.. Malas nak letak radio kat bawah.. Mengantuk sangat semalam.. Hehehe.. Sorry.

p/s: Thats all.. Tq!

Jumaat, 6 Mei 2011

Sorry!

Saya minta maaf banyak2 sebab tak sempat nak update.. bukan tak sempat, sempat je, tapi tak ada idea nak update. Huhu.. now tengah busy sikit... study.. eh study ke? hiks! Next week exam.. Hari first paper akaun 2... sabor je lah ~~

p/s: not in mud lha!

Selasa, 26 April 2011

Peah Mati

Peah mati? Siapa Peah? Alahai.. Peah tu kucing kesayangan saya. Nama sebenar dia Sapeah. Bonda saya lah tu kasi nama dia. Macam nama budak kampung. Kucing kampung je.

Hari ni, Peah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Peah mati. Saya sayang Peah sangat2 tapi kenapa dia pergi dulu. Last saya mandikan dia petang semalam, 25 Apr. And niat di hati nak hantar dia pergi klinik hari ni sebab dia nampak macam sakit. Tapi, tak sempat.. Allah lebih sayangkan dia.

Masa balik dari sekolah, masuk je kereta, bonda cakap dia nampak macam ekor Peah dalam longkang belakang rumah. Saya tak percaya jugak. Sampai rumah, saya pergi toilet. Buang tudung sekolah, kain sekolah, saya pun pergilah belakang rumah, tengok dalam longkang tu.. Mula2 tak ada lagi.  Saya pun masuk lah dalam balik cakap dekat bonda saya. Bonda saya suruh tengok sekali lagi. Masa tu mayat dia dah gelembung. Mesti dah lama dia jatuh dalam tu. Punca dia jatuh saya tak pasti. Lepas saya tengok, saya tak dapat tahan tangis. Saya terus nangis. Berlari masuk dalam bilik adik saya. Saya nangis2.. Dalam pukul 4.15 tu saya masuk bilik saya, saya nangis lagi. Sampai lah habis azan Asar. Lepas tu saya tertidur. Pukul 7 lebih tadi saya terjaga. Mata dah bengkak gila. Bangun pergi mandi, siap2 nak pergi tuisyen. Sedih nya!

Ni gambar Peah masa dia masih hidup.
http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.1574639162542.86166.1132468274

p/s: menangis lagi!