I Lurve KataQ !!

I Lurve KataQ !!
Its Me !!

Sabtu, 19 Mac 2011

Hari ke-3 baru boleh update blog ):

18 Mac..
Hari nie saya pergi "kerja". Haha.. part time je. Tolong pakcik saya dekat kedai fotostet. Actually takde apa2 boleh buat dekat sana. Bosan sangat2. Cuma orang yang penyabar macam saya je boleh bertahan.. HAHA! Sabar ke? Jangan lah kutuk. Tak baik mengumpat. Kadang2 saya sabar, kadang marah jugak. Marah? Kenapa? Mana tak marah, kakak saya yang kerja tetap tu pergi "basten" tinggal saya sorang2 dalam kedai tu. Basten pun tak tau? Haish.. "basten" 2 bus stand lah.. hihi :D

Balik kerja, pergi rumah nenda di Losong Panglima Perang. Ala.. Dekat Muzium Terengganu tu, Muzium Terbesar di Asia Tenggara. Wah! Saya tahu sejarah! Bangga2... Haha! Esok makcik and pakcik saya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah.. hehe.. bukan haji lagi tau!

19 Mac...
Hari nie saya bangun pukul 6.30 .. Saya solat Subuh. Then saya tidur sekejap dalam 15-20 minit. Lepas tu, bonda saya yang tercinta kejut kan. Dia cakap sebelum pukul 8 nak turun. So, saya pun pergilah mandi. Baju pun dah iron. So, lepas mandi, siap2, make-up2, bertolak dari rumah. Ayahanda drive pun slow semacam je.. 60km/h ? Biasanya 80-100km/h lah. Hmm.. Terima seadanya.Sampai di rumah nenda, yang lain tengah bersiap2 nak hantar luggages dekat airport. So dalam 9.30 macam tu lah, balik semula ke rumah ku syurga ku :D
Dalam pukul 11 lebih macam tu lah, ingat2 lupa. Pergi rumah sepupu saya dekat Gong Badak, ada solat hajat sebelum bertolak.  Pakcik dan makcik saye mesti ada dekat airport pukul 2.30. So, we all pergi sana. Lepas solat hajat , lunch. Then kaum Adam semuanya ke masjid KUSZA tuk solat jumaat. Lepas tu, solat zohor.
Then, bila semua ada, kitorang pun salam2 with pakcik and makcik kami! (: Sedih jugak. Adik saya yang susah nak nangis tuh boleh nangis. MasyaAllah. Then siap2 pergi airport. Adik saya naik kereta with sepupu yang rapat dengan dia (Hanim). So, saya ajak sepupu saya (Husna), kakak kepada Hanim naik dengan kami. Then, ayahanda drive laju sangat sebab nak balik rumah dulu ayahanda nak tukar baju dia. Takkan dia nak pakai baju melayu with kain pelikat. Dia cakap macam dia je nak pergi Mekah. HAHA!
Then, tak sampai 10 minit, drive pergi airport. Nasib baik airport tak jauh. Tapi jalan dekat tuk pergi airport jam panjang sangat. So, guna jalan belakang. Jauh lah sikit. Dalam 10 minit. Kalau jalan dekat nie tak sampai 5 minit dah masuk pagar airport. Guna jalan belakang takde lah jam sangat. Macam biasa je. Mujur dapat parking walaupun di tengah panas. Hehe. Jalan masuk dalam airport. Kali nie kali kedua saya masuk dalam airport selepas pengubahsuaian dilakukan beberapa tahun yang lepas. Nampak mewah dari sebelumnya. Masuk dalam sesak sangat2. Sampai tersesak nafasku.. Hukhukhk.. ):
A few hours later, jemaah2 dikehendaki ke balai pelepasan (ehh.. betul ke balai pelepasan.. lantak kau lah! :P jangan marah) kena naik tingkat atas. So, naik escalator. Escalator 2, kalau macam lif, mesti warning sebab muatan lebih. Haha!
Time balik tu, anak tiri makcik saya a.k.a anak kandung pakcik saya, datang salam. Najibah with 2 orang abangnya. Dia cantik. Macam Pakistan. (: Form 4. Apa? Berminat? Maaf lah. Takde nombor telefon dia. Hehehe
Saya tak dapat bayangkan anak kepada makcik and pakcik saya tu, Hazim Syahmi. Baru je 5 tahun tak silap. Bila dia balik dia tengok mummy and daddy dia tak balik2 lagi. Mesti macam orang gila kan? Kalau saya lah jadi Hazim tu, saya pun tak dapat bayangkan apa yang berlaku pada saya. Sob Sob Sob... :'(
Malam nie tuisyen Add Math. Terpaksa menggagahkan diri

p/s: 2o Mac akan disambung kemudian (:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan