I Lurve KataQ !!

I Lurve KataQ !!
Its Me !!

Jumaat, 25 Mac 2011

Mengenang Kembali )':

Pada 18 Ogos 2010, saya telah menerima friend request daripada Amirul Afzar Azfar bin Arief Azrief, arwah adik angkat kesayangan saya. Pada 10 Oktober 2010, dia telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Tidak sampai sebulan saya mengenalinya, tetapi kami seperti sudah bertahun lamanya kami berkenalan. Pada akhir bulan September, dia semakin jarang online dan pada bulan Disember, barulah saya menerima berita buruk itu, iaitu arwah pergi buat selama-lamanya. Berita ini disampaikan oleh abang kembarnya, Amiril Afzan Azfar. Menurut abangnya atau mesra dengan panggilan Zan, mereka kemalangan dan arwah Zan serta arwah orang tua nya meninggal di tempat kejadian dan Zan saja yang terselamat. Tapi, dia koma selama 7 hari lebih. Selepas beberapa bulan, barulah dia boleh menerima hakikat. Sekarang, Zan berada di Indonesia bersama keluarga pakcik nya. Zan telah mengamanahkan saya untuk menjaga Facebook arwah sehingga lah Zan pulang ke Malaysia kembali. Saya sebagai pemegang amanah, sanggup menjaga Facebook arwah Zar sehinggalah Zan pulang ke Malaysia. Jika arwah masih ada, Zan dan Zar akan mengambil peperiksaan PMR tidak lama lagi. Arwah seorang yang periang, bertanggungjawab dan cukup istimewa. Dia terlalu istimewa bagiku. Terlalu sukar untuk mencari seorang adik, rakan mahupun lelaki yang terlalu istimewa seperti arwah. Saya masih teringat akan dirinya sanggup bersusah payah menjaga abangnya, Zan ketika Zan demam. Ibu dan bapanya masih belum pulang bekerja. Tinggal bibik sahaja di rumah. Ketika menunggu kepulangan orang tuanya, arwah lah yang menguruskan makan minum berak kencing abangnya. Dia seperti seorang lelaki dewasa. Saya tidak dapat menggambarkan dengan kata2 kerana dia teramat2 istimewa. Dahulu, saya ada terfikir bagaimana jika saya kehilangannya sebab saya pernah mendengar kata orang bahawa jika seseorang itu terlalu baik dan istimewa, orang itu pasti akan meninggalkan kita kerana Allah lebih menyayanginya. Dan.. perkara itu benar2 terjadi pada diri saya. Pesanan saya, sayangilah, cintailah dan jagalah orang yang anda sayang sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

p/s: to be continue.. Aer mata tak tahan nak keluar nie.. ): Al- Fatihah untuk arwah Zar dan his parents (:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan